Qunut Nazilah
Maksudnya:
“ Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami
bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatkanlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”
keterangan:
Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat
dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh
dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan
Ramadhan.
Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana
atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang
dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.
Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan
beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan
hadith berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membaca doa qunut nazilah
pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya
penghafaz-penghafaz al-Quran.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
- Qunut ini boleh dibacakan pada setiap sembahyang fardhu jika
kedatangan bala bencana atau sebarang cubaan dari ALLAH S.W.T
- Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat
terakhir. - Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.
- Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan
diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah. - Peringatan! qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia
ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidakdibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk.Berdasarkan hadith berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah membaca doa
qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
0 comments:
Post a Comment